Pengeluar kereta elektrik Tesla memanggil semula 435,132 kenderaan di China susulan gangguan perisian yang boleh menyebabkan lampu belakang gagal menyala.
Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Disember 2020 dan 7 November 2022; dan hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 dan 1 November 2022, menurut kenyataan pentadbiran negeri bagi peraturan pasaran China.